Thursday 7 April 2016

" I'm falling in love "

Assalamualaikum, hai korang semua! Selamat datang ke "Dunia Kemboja" kami dan terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ini. Ini adalah entri pertama kami yang merupakan salah satu tugasan untuk subjek BMCO3104, iaitu Komunikasi Antara Budaya yang dikendalikan oleh Sir Nadzrin kami yang macho. (bukan nak bodek tapi hm hmm, macam tulah)

Bagi memenuhi sukatan pelajaran subjek Komunikasi Antara Budaya, kami telah diberikan satu tugasan yang cukup istimewa bagi kami. Kali ini, tugasan tersebut memerlukan kami untuk menemurah seorang pelajar antarabangsa. Dalam ramai-ramai pelajar antarabangsa yang pernah kami temui, hati kami lebih tertarik untuk mengenali sebuah negara yang terletak di Indochina. Dan.........negara bertuah yang telah kami pilih ialah JENG JENG JENGGGGGGG !!!!!! *bunyi drum*

CAMBODIA atau KEMBOJA !!!!

                      ( Peka lokasi negara Kemboja )


 Nak kenal Nita tak? meh sini nak cerita sikit pasal Nita ni.
Gadis Cambodia ni diberi nama Li Nita dan merupakan pelajar tahun kedua yang mengambil jurusan 'Islamic finance' (kewangan Islam). Dia berasal dari Kratie yang terletak di Timur Laut, Cambodia. Haaa, nak cakap yang dia ni memang 'pure Cambodian'. Orangnya kecil molek, kulit dia ya Tuhan! Sumpah, lawa! dahlah putih, gebu, macam kulit 'baby'. (eh, sorry sorry! over pula dah. kami hanya mengagumi ciptaanNya) Lagi satu, dia ni sangat peramah (antara pelajar antarabangsa yang mudah didekati)
Okay, dah habis serba sedikit gambaran tentang Nita. Sekarang mari baca kisah tentang negara kelahirannya pula. 





SEDIKIT TENTANG KEMBOJA

Ni serba sedikit kami ceritakan dan gambarkan tentang negara Kemboja okay. Oh! lupa nak beritahu, maklumat ni kami peroleh daripada 'informer' kami iaitu Nita ( seorang gadis Cambodian yang cantik dan ayu ). Lokasi dia kalau nak ikutkan fakta yang kami cari seperti yang korang boleh lihat dalam peta di atas iaitu terletak di bahagian selatan Indochina di Asia Tenggara. Menurut sumber kami, iaitu si gadis cantik Nita, kebanyakkan penduduk di sana beragama Buddha kerana ia merupakan agama rasmi mereka. Bahasa yang mereka gunakan pula ialah bahasa Khmer;(kampuchea). Seperti Malaysia, Kemboja juga mempunyai kaum yang pelbagai di antaranya ialah Khmer, Cham, Vietnam, Cina, Phnong, dan sebagainya. Menurut Nita, kebanyakkan penduduk Kemboja adalah terdiri daripada kaum Khmer dan mereka adalah kacukan Cina ( kalau tak salah ). Haaa, lagi satu, Nita juga ada memberitahu yang budaya dan agama mereka merupakan hasil pengaruh daripada hubungan yang erat dengan kerajaan China suatu ketika dahulu. Penduduk yang menganuti agama Islam adalah kaum Cham dan hanya segelintir ( lebih kurang dalam 4% ) sahaja rakyat Kemboja yang beragama Islam. Selain daripada agama Islam dan Buddha, agama Kristian juga menjadi salah satu anutan penduduk di sana. Bukan itu saja, malahan ada sesetengah warga Kemboja yang menganut agama Buddha tapi tetap dipengaruhi oleh ajaran Hindu.

Walaupun agama, bahasa dan kaum mereka berbeza-beza, namun mereka saling menghormati dan memahami fahaman dan budaya masing-masing. Nita juga ada menceritakan tentang sejarah agama di Kemboja iaitu orang-orang dahulu menganuti agama Hindu termasuklah raja-rajanya dan mereka membina banyak kuil sebagai peringatan untuk nenek moyang mereka. Haa , sebab tulah kita dapat lihat banyak kuil di Kemboja dan yang paling 'famous', Angkor Wat. (kitorang tengok kat cik 'google', TV je)

Kemudian, Nita meneruskan lagi perkongsian mengenai negaranya yang tercinta dengan memberitahu kami bahawa mereka juga mempunyai banyak tarian tradisional dan 'Apsara' adalah tarian yang paling popular di sana. Korang tau tak macam mana rupa tarian tu? Meh sini nak tunjuk. (tunjuk gambar je, hihi!)




Makanan tradisional? Sabarlah jap, nak ceritalah ni. *ehem!
Berkaitan soal makanan pula, orang Kemboja pun suka makan nasi, sama macam kita orang Malaysia ni. Menurut Nita, hampir semua hidangan mesti ada nasi. Selain itu, orang Kemboja juga suka makan makanan yang berkuah seperti sup. Ada yang lagi menarik tentang makanan di Kemboja ni (banyak juga makanan eksotik yang agak ekstrem bagi kami) seperti:

 hidangan semut merah dengan daging dan daun basil

    

http://sakuratoto.com/?ref=jovial88
Fish Amok


http://sakuratoto.com/?ref=jovial88
Bai Sach Chrouk





Orang Kemboja bukan saja sangat mencintai nasi, tetapi mereka juga sangat mencintai serangga seperti belalang, tarantula, semut, dan sebagainya. Mereka menjadikan itu sebagai menu hidangan mereka.

"Saya? Saya suka semua jenis makanan, yang penting ia HALAL!" - NITA

Apabila hampir tiba ke penghujung sesi temuramah, Nita sempat berkata bahawa apa yang ditunjukkan di sosial media mahupun media massa, apa yang anda lihat tidak 100% menunjukkan itu adalah info yang benar.

Kesimpulannya, bukan semua negara mempunyai keunikan seperti ini. Masing-masing mempunyai keunikan dan nilainya tersendiri. Oleh itu, janganlah kita terlalu cepat menghakimi budaya atau kepercayaan orang lain kerana kita hidup saling bergantung antara satu dengan yang lain. Lebih baik jika kita mendekati dan mengenali budaya orang lain agar kita dapat menyesuaikan diri dengan persekitan dan beroleh banyak manfaat. Nilai budaya tidak mampu dibeli oleh wang ringgit, maka jagalah warisan nenek moyang kita agar dapat dinikmati oleh orang lain juga.
Pesanan dari penaja, marilah kita berkenal-kenalan untuk mengekalkan suasana harmoni di samping mempelajari sesuatu yang baru daripada orang lain. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA BLOG KAMI !!!!!

Tidak lupa juga buat Nita yang sudi memberikan kerjasama dan banyak membantu kami dalam menyelesaikan tugasan ini dengan mudah.
Buat Sir Nadzrin, TERIMA KASIH ! kerana memberi kami tunjuk ajar dan peluang untuk melaksanakan tugasan yang seronok ini.

*semua gambar dari cik 'google' (sebab Nita suruh kami 'google' je)
*maaf, tidak dapat melampirkan gambar Nita atas permintaan tuan badan sendiri


Semoga kalian juga turut 'FALLING IN LOVE' dengan Kemboja lepas baca entri ni *penuh harapan*